Sunday, September 14, 2008

United Nation

Assalamulaikum..



Sebenar tangan nie dah mula tangan sejak ada Blog nie..rasa teruja pulak..yang nie aku nak story sikit pasal penugasan aku dengan PBB di Eritrea...United Nations Mission in Eritrea and Ethiopia (UNMEE), selama 1 tahun so, aku dah bergaul ngan pak itam nie..lama gak..heheh...poji gaul pak itam kat Angola..lagi lama, yang hairan nyer..kat sana semua itam tapi dia makin putih..lak..oklah....


nie pejabat aku kat sana dipanggil Green Building cause warna hijau terletak di kawasan dipanggil Sambel Complex pejabat aku tingkat 6, dibahagian Plan Cell atau Sel Perancangan bertanggunjawab mengatur semua aktiviti Mission termasuk untuk UNMOS (Military Observers)

Aku bersama Capt Darwin dari Australia, masa nie tgh buat lawatan ke TeamSite di Assab pelabuhan Eritrea. Naik MI17 helikopter russia UN sewa, dari bandar Asmara ke Assab 5 jam, kawasan yang terletak agak rendah dan panas masa aku kat sana tengan musim panas dalam 50-55 cel, mmg tak tahan..


Nie plak depan bilik sebenarnya bilik nie sebuah kontena yang telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai tempat tidur terletak lebih kurang 500 mtr dari opis aku, so kat sini dipanggil SOC (Staff Officer Camp) ader lebih kurang 700 buah kontena atau bilik lah..kat sini jugak ada kitchen, tampat makanlah..satu untuk Staff JOBATT (Jordan Hospital) dan saru Non Halal Kitchen, aku kat sini ada 5 anggota dari Malaysia, makan kami dengan Jorbatt, masakan Jordan tiap hari, naik letih aku lupa cam mana rasa gulai, kari, sambal, nasi lemak, ikan masin, macam-macamlah, cuma yang syok makan memang best..


nielah gambar dalam bilik, ada katil, almari 2, meja tulis, kerusi, penyangkut baju, kipas walau pun sejuk cause Bandar Eritrea nie nama dia Asmara, cantikkan nama, terletak 2700 mtr dari paras laut so, maam aku betugas di cameron tau gentinglah nie...sejuk.. kipas guna masa musin panas jer bulan Mac hingga Jun iatu pun sejuk gak..

Nie dalam pejabat aku, jarang ada selalunya seminggu 2-3 hari aku akan keluar untuk lawat team site..

Dalam perjalanan ke Senafe kat sini yang ada masa tu Mej Wahab (Arty) ler nie dah Lt Kol kut dengar cerita, ok dia nie kalau balik ke Asmara mmg aku makan free..biasalah MILOB nie kaya sikit dari aku

Yang nie dalam perjalanan nak ke Shembiko naik Scout car, Bullet Proof, Mines Proof macam duduk dalam peti besi daa..




Di Shambiko bersama Mej Shafie dengan Sjn Zia dari Bangladesh..MP dia nie..duduk selang 1 bilik dari aku di Asmara di nie di Provos Marshal Cell dengan Kapt Hanafi (Skrg Mej) membelakangkan Sungai Mehreb memisahkan Eritrea dan Ethiopia.




Berdepan dengan Bangunan Team Site Shambiko....



Dengan Mej Shafie di pekan Shambiko, kesan perang saudara....




Di Team Site Ady Keay, dengan Mej Ibrahim , Kapt Hanafi, Lt Adam Buhary and wa sekali paling hujung kanan heheheh.....



Tengah membeli belah kat bandar Asmara, kebanyakan baju kat sini murah-murah terutama jacket kulit murah, adalah bawak balik 4 jacket kulit....



Dengan geng JOBATT, paling kanan Kapt Zuhir, sebelah dia Mej Abbas, wa pastu Lt Kol Abrash





Kanak-kanak di pekan Shambiko bersyukur negara kira aman dan indah....



Dalam Rumah Malaysia, Kapt Hanafi dengan PW I Md Noor (Paskal) bulan puasa rasa nyer nie..




Masih dalam rumah malaysia, Lt Kol Kadir, Mej Ibrahim, Mej Shafie, PW I Md Noor semua tengah termenung cause patutnya malam tu flight ke Madinah tetapi cencel..pas tul lak letrik x lak mlm tu...



Patrol Team Site Shambiko..kat sana wa dapat kereta Toyota 4 Runner, lasak giler...



Dalam perjalanan balik dari Adi Guadad singgah beli buah katus, manis macam buah ciku tetapi kena pandai belah kalau silap belah..macam biasa tersusuk duri nyerrr...




Dalam bilik Transit, masa nie tgh berkemas packing barang nak balik dah nak abis mission..



Dalam `The Plane' balik bercuti...balik naik Yamenair dari Asmara ke Senaa, Yamen Stay 1 mlm, pastu ke Dubai dan terus ke KL....manyak lama yyooo...


Ada banyak lagi insyallah nnt wa samb balik....kalau Cikgu ader baca blog wa..heheh..jangan mare...yer....

No comments: