Monday, January 19, 2009

PMG JOIN RIDE DGN NS BIKERS aka SDMC KE MERSING,JOHOR

Pada 27 & 28 Disember 2008... Pilgrimz dan NS Bikers (SDMC) telah menjelajah ker Mersing...


Saksikan





Me & My lovely wife




Masa berhenti bersarapan di Simpang Serting...









Monday, October 20, 2008

OPEN HOUSE





Melaka 18 Okt 08 - Bulan Oktober memang merupakan bulan mulia ---> Bulan Syawal, setelah umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa, bulan Syawal ini juga merupakan bulan dimana orang mengadakan rumah terbuka tidak terlepas juga Kelab-kelab yang ada di Malaysia. Maka pada kali ini wa akan ceritakan Rumah Terbuka Muar Bikers Club (MrBC).


Bro Chandra, Bro Sani, Bro Khai & Bro Bai ketika menunggu ahli lain sebelum bergerak ke Muar....



Sebahagian dari anggota baru.... sorry nama tak ingat....






nie dah tension sangat nie...

kenal siapa ini...? nie lah dia Mr. President SBMC & yang kat belakang tu tunangnyer (Ema) mika berdua nie tengah darah manis... almaklumlah nak bernikah tak berapa hari je lagi...



dahsyat dia org nie sampai keter semua ke tepi...









beberapa aksi bikers meng'conquare' jalan...



Bro Bai with his Red Dragon....




President Green Beret Bikers ---> Mejar Suhaimi










Feng Shui Master ---> Jason



Pojie & wife...

Wednesday, September 17, 2008

Cameron Highland

Pada 24 Ogos 08 - Setelah selesai Penang Bike weeks, wa dan the geng merehatkan diri pulak di Cameron Highland..untungnya..masa disana cuaca baik dan sejuk cause ujan daa...Apartment yang kami duduk pun alhamdullah nama dia...Desa anthium...harga nya pulak memang berpatutan RM 150, thank to bro harry yang organise...Hardcore Bro......




Strawberry Park berhampiran Kg Raja



Wa tengah tunjuk buah strawberrykar sham..dia tak pernah tengok daaa..
Saja nak tunjuk Logo Soulbikers...
Dalam kedai Strawberry park......
Suasana nyaman pagi 25 ogos di Desa Anthium.....
Memang nyaman.....Bawah apartment..tengah tengok..moto masing-masing sebelum ronda-ronda....Dalam perjalanan menaiki Gunung Berinchang....Di puncak Gunung Berinchang.... Mrs King......Jurugambar/jurucamcoder..tangkap jadi...
Jungle walk...jauh tuuu... Wa sedang menaiki..menara tinjau...tinggi..



Bergambar bersama pelancong asing dari England dan Italy...mereka merasa bertuah..kerana Malaysia Indah..Gambar dari puncak menara tinjau.... Pemandangan yang amat menyenangkan....aman rasa....


Kawasan ladang teh..teh cameron mungkin kut...atau teh boh....adaa..uummmpphhh....

Semasa turun dari gunung berinchang baru berhenti bergambar.....

Macam tangga daaa......

Baru lepas makan buah tunjuk langit....

Wa ngan Mrs King...

Sham, cikgu sedang memerhatikan harry memetik daun teh...

Moto berehat...Sedang Menikmati hidangan makan tengehari di Berinchang....

Tuesday, September 16, 2008

Penang Bike Weeks 2008



Pada 22 hinigga 24 Ogos 08 - Penang Bike Weeks telah diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Bertempat di Abedeen Resort, Bertam. Resort ini merupakan resort yang baru, masih dalam pembinaan mungkin telah 80% siap, alhamdullah pihak penganjur Mega Fortune MC telah dapat menjayakan event kali ini dan pada pandangan saya event ini cukup meriah dengan kehadiran lebih 700 bikes dari seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand. Antara event yagn diadakan ialah Majlis BBQ Dinner pada malam 22 Ogos, Ride ke pulau pinang pada 23 ogos pagi singgah di Padang Kota Lama, menghadiri pembukaan kedai Mega Fortune yang baru di Sg Petani, Gala Dinner pada malam 23 Ogos. Perjalanan kami bermula dari melaka pada jam 0059 (12 Tghmlm), Cikgu, Harry, Sani dan Sham manakal wa pulak menunggu ketibaan mereka di RnR Seremban kerana pada petang 22 Ogos aku masih lagi memperbaiki moto aku, alhamdullah sempat siap tetapi ada beberapa accident kecil berlaku semasa perjalanan dari RnR Seremban ke Tol Sg Besi, pertama Plat aku patah, kedua skrew pengikat ekzos sebelah kiri hilang, walau apa pun dugaan aku selamat sampai di Abedeen Resort Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. so, saksikanlah gambar semasa event tersebut
Di atas Highway menuju ke Pulau Pinang
Berhenti Rehat di RnR Sungai Buluh....Pekena apa yang patut.. Masing-masing sedang menjamu selera.....Cikgu tersenyum walaupun agak mengantuk tuuu.... Keluar dari hentian rehat Sg Perak.....
Mrs king melelapkan mata....hentian Tapah.... Semua terbongkang....Hentian Tapah..

Moto pun nak rehat gakkk...
Tu diaa.....dari Seremban ke Kepala Batas tanpa no plat..tercabut daaa....Berehat di Tol Simpang Pulai....
Topup minyak di Shell Simpang Pulai....
Abedeen Resort....
Deretan Moto yang menyertai Penang Bike Wee..GoldWings...Easy Rider dan Superbike....termasuk moto we all lahh,....Tag peserta beserta no cabutan bertuah.... Sewaktu sampai di Abedeen Resort...tgh tunggu ambil bag....
3 teruna Pingatan....dari melaka....
Bergambar bersama event director Mr Sangele
Wa naik ke atas..rasa macam super VVIP lakkk.... Tengah bersantai di lobby dihidangkan dengan welcome drink..menunggu bilik....

Kesian Sham mata mengantuk....langsung tak titun ngan wa....
Nie dia bilik..Free 2 malam....apa lagi..membongkanglah... Gambar nie pak ko yang ambil....Tengah melihat keindahan kawasan Resort...Inilah satu-satu nyer wakil kelab moto dari melaka...SoulBikers..... Malam BBQ Dinner....
Kekenyanganlah tu..macam ulauuuu... Apa yang menarik tuu.......Peace bro.....
Deretan moto pada pagi sebelum konvoi...
Moto Superbike V8 E'one Bikers...
dari kiri-sani, sham,wa,cikgu, e'one and harry....
Sebelum Flag Off....
Jurugambar event dari motorace PAKO......Cikgu and his V8...Atas jembatan Pulau Pinang..harry kat depan tu....
Mamat Superbike tu hairan kut tengkorak bawak moto......Brader sani and his virago....Yang nie walah dengan V5......Berehat di Padang Kota lama....
Yang belakang tu memang dah macam tu...lupa makan ubat lah tuuu... Samalah yang niee punnn...
Bro harry and his virago....skull.....
Di Kedai Mega Fortune Sg Petani... Di terminal feri menunggu feri daa...lama tuuu....Wa atas feri.....Setelah sampai dari Sg Petani..bergambar membelakangkan Goldwings...Gerobok bergerak... Malam Gala Diner....
Wa dengan Sham makan kueh jer..

Cabutan bertuah wa dapat..tapi winter glove..lak.tuuu....adduiii...free tak perrr...

Bro harry bersama Plaque sumbangan penganjur....

Ramai yang datang tuuu...We All Bikers.....

Cherating Ride


Pada 26 Jul 08 - Ini merupakan ride pertama wa, ride yang agak jauh dan beramai-ramai. Memang menyeronokkan. Ride ini anjuran Southern Dragron Moto Club (SDMC) dari Negeri Sembilan dan juga Mistri Bikers dari Singapura terdiri dari riders wanita..mantap..badan kalau ikut size memang tak caya boleh rider tapi caya tak caya kena caya gak...Dari SBMC yang ikut ride pun alhamdullah terdiri dari Wa, Harry, Amd, Bro Kamarul Pencen, Poji afrika. Bayaran yang dikenakan pun murah RM 50 termasuk penginapan, baju dan BBQ, mana nak cari oooooo....Thanks to SDMC, your event happening and hope to ride with you all again and also Mis3....such a Mis3...Saksikanlah......


Berkumpul di Petronas Ayer Keroh jam 6 pagi, wa sampai dulu...

Berhenti rehat di Persimpangan Cherating Tol Terakhir Lebuhraya Pantai Timur
Di Hadapan Hotel sebelum BBQBergambar ramai-ramai, jangan mare..jantan semua niee......Masa majlis BBQ..sampoi.....Setelah makan berkareoke plak..wa sumbangkan lagu gak..Pagi sebelum bertolak balik..di Cafe Resort..Pagi masing-masing check moto.... Wa bersama R1... Moto Ahli SDMC Rosak Kawa ZX-4Menunggu Mis3 Bikers..lambat bangun kutt.....

Minum Pagi di persimpangan pelabuhan....makan tengahari terus..
Mis3 Bikers....
Gambar Ramai-ramai di Teluk Cempedak....

Anggota Mis3 Bikers.....Ladies...
Topup minyak kat Shell Temerloh.....
Berehat di Genting Sempah, setelah letih menlayan coner..karak..mantap...









Monday, September 15, 2008

Superbike and Easyrider






Hari nie saya nak cerita pasal superbike dan easy rider, nak cerita pasal asal usul moto rasa tak yah lak kut, cuma tengok lah beberapa gambar rasa-rasa yang mana anda minat kalau tanya saya, jiwa saya dah memang superbikes...so, buat pilihan anda..

Ini semua jenis superbike, masa ride dia punya feel pun lain, cuma kalau naik sorang atau ride sorang memang orang tak pandang, tapi kalau dan ada 5-10 buah, memang yang pandang semua mata yang dilintasi..kalau tak caya beli satu cari geng pas tu ridelah..kena pulak kalau yang berkuasa lebih tinggi sepeti ZX-14, ZX-10, 1400 GTR, Honda CBR 1000, Yamaha R1 atau R6, semua ini terpulang kepada citarasa anda











Easyrider
Ada yang minat easy rider, so, sekarang saya tengah menyesuaikan diri dengan easy rider agak rasa kurang selesa bawak easy rider cause jiwa dah superbike, layan selekoh pun cantik, nak layan selekoh dengan easy rider jawabnya letih lah....

yang nie memang idaman ramai harley fatboy, kawan ada pakai nama dia poji di Angola, pas raya balik kut...tapi dengar dah nak jual nak ambil Honda Shadow, dulu ader Honda Shadow ie gatal gi jual pas tu gatal nak pakai balik, itulah jiwa bikers memang tak akan puas dengan satu moto...


Yang nie lak sama cuma jenis Softail, Easy rider nie menjadi idaman kawan saya seorang lagi Tapa, dia pakai Shadow 1100, dah nak jual nak pakai Harley Titan, tapi ler nie. tengah belayar di Brunai...

Yang nie memang banyak geng pakai, bukan moto tapi hendel nyer...dipanggil Ape Bar tapi kat sini panggil monkey jer..mula rasa memang tak selesa masa bawak tapi sebenarnya inilah cara paling rileks bawak moto tangan tak sakit lansung, memang rileks abis.....




easy rider Harley Fatboy dah custom dah nie, ekzos pun pendek jer tu..

Yang nie tak yah cerita kalau jiwa bikers dah tentu tahu terutama cikgu..mesti dia gelak punya, cause yang nie Kawasaki Vulcan 800 sama jenis yang digunakan oleh Cikgu..cuma yang nie masih standard, kalau yang cikgu punya dan custom sikit, pakai ekzos harley, lampu harley, tayar white wall ada lah beberapa pengubahsuaian sikit...

Banyak lagi gambar moto cuma sebagai panduan untuk anda yang minat moto, pilih ikut kemampuan dan minat..selamat bermotoran....RIDE For PEACE...



Berbuka Bersama Kelab MBBC, Melaka

Pada 13 Sep 08 - Presiden Kelab Motor MBBC, Melaka telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli kelab moto, alhamdullah, aku dapat bersama mereka, pada mula nya tak tahu jugak, tetapi presiden kelab SBMC aku Man Bulat dah sms pada semua ahli kelab, so, pada tarikh tersebut aku pun tiada apa-apa rancangan, yang ikut bersama ramai gak. Sebenarnya aku tak tahu kat mana rumah Din Kerengga nie, yang aku tahu bukit palah berhadapan dengan masjid negeri Al-Azim. Semasa bergerak dari rumah aku menaiki kereta, moto masih tak siap lagi terpaksa naik moto, dah sebenarnya tak tahu jugak kat mana mereka berkumpul, dalam perjalanan aku tergerak hati untuk berhenti kat Stesen Minyak ESSO berhampiran Melaka Sentral, terpandang cikgu, sebenarnya dalam blog cikgu sukamoto pun ada citer nie cuma nie sambungan jer..kisah aku lak...dalam gambar sebelah nie siapa lagi cikgulah tengah menelan apa yang patut...
Ramai gak kelab moto yang hadir seperti SDMC, KL SBK, Soulbikers, Harley Ghost Riders Melaka dan ahli MBBC sendiri, kira masa sampai dah time berbuka puasa pun apa lagi mmg dah tak tunggu lagi, banyak lauk kampung yang dihidangkan alhamdullah berselera gak cause ada makanan istimewa..petai..mantap...memang berselera dibuek nyer..bertambah laii...turut menyerikan majlis Bro Rashid dari SDMC, Big Muscle from SDMC...SDMC mlm tu agak lewat sikit..itu pun yang sampai hanya 2 motor yang lain sampai selepas berbuka dan jumpa pun bukan di rumah Din tetapi kat Banda Hilir.
Dari SBMC lagi ramai, Man Bulat, Bang Baha, Bang Azizul, Harry, Bai, EE, Cikgu, Razak, Brader Sani, Mrs King, Mira (adik wa), Brader Alias Bekas Komando dalan story wa di UN ader citer tentang dia...dan berapa yang dah tak ingat siapa...sorry yerr..







Setelah puas pulun apa yang patut, wa ambil kesempatan bergambar dengan Rashid (SDMC)..
Mlm tu tyak abis kat rumah din jer..selepas berbuka we all ride ke Banda Hilir lepak berhampiran menara taming sari, lama gak kat sana lebih kurang 2 jam, Brader sani sampai tukar moto, tinggal bvirago bawak voyager bersama anak dia gambar tak ambil silap ler...pas tu lak dah terlalu lama lepak kat Banda Hilir, we all gerak ke area Perindusterian Tg Minyak, ada kawasan kedai makan waktu siang tetapi malam bertukar menjadi tempat berkareoka, so mlm tu tiada sesiapa punya kareoka, cuma rileks dengar orang lain kareoka sambil minum air, sebenar nya mlm tu we all planning untuk bersahur bersama di Asam Pedas, Taman Laksamana, melaka. abis jer kat kareoka, gerak ke tempat untuk bersahur lebih kurang jam 0215 pagi. tiba jer kat sana apa lagi masing-masing oder asam pedes masing-masing ler ada kembung, pari, jenak dan tengiri wa biasalah merasa tengiri lak, tapi rasa asam pedas sini dengan Hajjah Mona agak berbeza, kat sini agak sedap dan tidak berapa masam berbanding hajjah mona tambah pula memang kena nasi putih, telur masin dan sayur kobis tapi kalau di Hajjah Mona nasi putih telur masin dan timun lain kan, apa-apa pun kalau nak rasa silalah datang sini, call wa, insyallah wa akan aturkan. Insyallah mungkin masa terdekat SBMc akan mengadakan majlis berbuka puasa..tapi sebelum tu Kelab moto wa yang satu lagi Green Beret Bikers akan mengadakan majlis berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Umbai, melaka pada 26 Sep 08...oleh yang demikian ikuti cerita nya nanti..ok...
Gambar sebelah Azhar dari SDMC dan Zul Baling SBMC, dengar cerita semalam moto dia kena langgar, baru buat airbrush, baru pakai ape bar tapi tak tahu cerita sebenar lagi..cause tak call dia lagi ini pun dapat tahu dari man bulat....
See U all masa berbuka dengan SBMC..terdekat Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Port Dickson anjuran SDMC....