Monday, September 15, 2008

Berbuka Bersama Kelab MBBC, Melaka

Pada 13 Sep 08 - Presiden Kelab Motor MBBC, Melaka telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli kelab moto, alhamdullah, aku dapat bersama mereka, pada mula nya tak tahu jugak, tetapi presiden kelab SBMC aku Man Bulat dah sms pada semua ahli kelab, so, pada tarikh tersebut aku pun tiada apa-apa rancangan, yang ikut bersama ramai gak. Sebenarnya aku tak tahu kat mana rumah Din Kerengga nie, yang aku tahu bukit palah berhadapan dengan masjid negeri Al-Azim. Semasa bergerak dari rumah aku menaiki kereta, moto masih tak siap lagi terpaksa naik moto, dah sebenarnya tak tahu jugak kat mana mereka berkumpul, dalam perjalanan aku tergerak hati untuk berhenti kat Stesen Minyak ESSO berhampiran Melaka Sentral, terpandang cikgu, sebenarnya dalam blog cikgu sukamoto pun ada citer nie cuma nie sambungan jer..kisah aku lak...dalam gambar sebelah nie siapa lagi cikgulah tengah menelan apa yang patut...
Ramai gak kelab moto yang hadir seperti SDMC, KL SBK, Soulbikers, Harley Ghost Riders Melaka dan ahli MBBC sendiri, kira masa sampai dah time berbuka puasa pun apa lagi mmg dah tak tunggu lagi, banyak lauk kampung yang dihidangkan alhamdullah berselera gak cause ada makanan istimewa..petai..mantap...memang berselera dibuek nyer..bertambah laii...turut menyerikan majlis Bro Rashid dari SDMC, Big Muscle from SDMC...SDMC mlm tu agak lewat sikit..itu pun yang sampai hanya 2 motor yang lain sampai selepas berbuka dan jumpa pun bukan di rumah Din tetapi kat Banda Hilir.
Dari SBMC lagi ramai, Man Bulat, Bang Baha, Bang Azizul, Harry, Bai, EE, Cikgu, Razak, Brader Sani, Mrs King, Mira (adik wa), Brader Alias Bekas Komando dalan story wa di UN ader citer tentang dia...dan berapa yang dah tak ingat siapa...sorry yerr..







Setelah puas pulun apa yang patut, wa ambil kesempatan bergambar dengan Rashid (SDMC)..
Mlm tu tyak abis kat rumah din jer..selepas berbuka we all ride ke Banda Hilir lepak berhampiran menara taming sari, lama gak kat sana lebih kurang 2 jam, Brader sani sampai tukar moto, tinggal bvirago bawak voyager bersama anak dia gambar tak ambil silap ler...pas tu lak dah terlalu lama lepak kat Banda Hilir, we all gerak ke area Perindusterian Tg Minyak, ada kawasan kedai makan waktu siang tetapi malam bertukar menjadi tempat berkareoka, so mlm tu tiada sesiapa punya kareoka, cuma rileks dengar orang lain kareoka sambil minum air, sebenar nya mlm tu we all planning untuk bersahur bersama di Asam Pedas, Taman Laksamana, melaka. abis jer kat kareoka, gerak ke tempat untuk bersahur lebih kurang jam 0215 pagi. tiba jer kat sana apa lagi masing-masing oder asam pedes masing-masing ler ada kembung, pari, jenak dan tengiri wa biasalah merasa tengiri lak, tapi rasa asam pedas sini dengan Hajjah Mona agak berbeza, kat sini agak sedap dan tidak berapa masam berbanding hajjah mona tambah pula memang kena nasi putih, telur masin dan sayur kobis tapi kalau di Hajjah Mona nasi putih telur masin dan timun lain kan, apa-apa pun kalau nak rasa silalah datang sini, call wa, insyallah wa akan aturkan. Insyallah mungkin masa terdekat SBMc akan mengadakan majlis berbuka puasa..tapi sebelum tu Kelab moto wa yang satu lagi Green Beret Bikers akan mengadakan majlis berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Umbai, melaka pada 26 Sep 08...oleh yang demikian ikuti cerita nya nanti..ok...
Gambar sebelah Azhar dari SDMC dan Zul Baling SBMC, dengar cerita semalam moto dia kena langgar, baru buat airbrush, baru pakai ape bar tapi tak tahu cerita sebenar lagi..cause tak call dia lagi ini pun dapat tahu dari man bulat....
See U all masa berbuka dengan SBMC..terdekat Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Port Dickson anjuran SDMC....

2 comments:

Unknown said...

thanks ayah... bawak ma sama...

noor_asman said...

Alo blogger, dah pandai main blog. Masuklah story panas, ngumpat-ngumpat ker, barulah blog hang aktif, ramai peminat.